Saturday, September 4, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53


Merdeka, Merdeka, Merdeka,

Sekejap sungguh masa berlalu, Sudah 53 tahun kita merdeka. Dulu nenek admin selalu cerita bagaimana keadaan sebelum merdeka, memang sangat susah dan daif. Keadaan semasa ingin mendapatkan kemerdekaan juga susah.

Ini semua berkat kita semua selaku rakyat Malaysia yang hidup bersatupadu. Ini membuktikan bertapa pentingnya kita semua berkerjasama. Macam pepatah mengatakan, Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Jadi kalau nak hidup dalam keadaan selamat, hentikan la perangai yang memang tak beri faedah langsong.

Tema tahun ini adalah 1 Malaysia Menjana Transfomasi, cuba seluruh Rakyat Malaysia hayati dan dalami tema pada tahun ini. Pasti anda akan berasa bangga dengan kejayaan Malaysia pada hari ini. Walaupun baru 53 tahun kita merdeka, tetapi sudah banyak kejayaan dan kemajuan yang telah dilakukan.

Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment

Followers